Thursday, January 15, 2009

Ilmu dan Hikmah


Kitab Himpunan Ilmu & Hikmah ini menghimpunkan hadis Rasulullah s.a.w yang menjadi paksi kepada pelbagai Ilmu dan hikmah.

Melalui hadis yang dihimpunkan ini, lahir pelbagai ilmu yang amat berguna dalam kehidupan dunia & akherat. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w yang mana Baginda mampu mengungkapkan hadis yang pendek tetapi maknanya cukup mendalam dan luas.

Kitab ini diterjemah dalam bentuk bahasa yang mudah difahami dan tidak berbelit-belit. Sesuai untuk rujukan dan bacaan bagi mereka yang meminati dan ingin mendalami ilmu Hadis.

No comments:

Post a Comment