Thursday, May 7, 2009

Kitab Fikah Mazhab Syafie


Kitab Fikah Mazhab Syafie merupakan kitab rujukan bagi orang-orang Islam yang bermazhabkan Imam Syafie. Kitab ini mengandungi lapan jilid.

Wednesday, February 18, 2009

Ilmu Rawatan Rabbani


Buku ini menjelaskan kepada pembaca kenapa seseorang itu sakit serta kaitannya dengan alam ghaib dan cara mengatasinya yang diizinkan oleh Syara’.

Sumber buku ini diperolehi dari ayat-ayat Al Quran, Hadith Nabi serta amalan sahabat diikuti oleh orang solih dari dahulu hingga sekarang.

Pembaca akan mendapat pemahanan yang betul dan perlindungan yang perlu di ambil ke atas gangguan iblis dan konco-konconya.

Buku ini juga dapat membantu orang ramai mengelakkan diri dari berubat dengan bomoh-bomoh yang boleh memesongkan akidah mereka.

Harga Semenanjung : RM 20.00

121 Sebab Kemurkaan Allah


Setiap individu muslim wajib memahami antara haq dan batil, Halal dan haram, Ma’ruf dan mungkar serta sifat-sifat mahmudah dan madzmumah untuk menyelamatkan diri mereka dari kemurkaan Allah.

Buku ini akan membolehkan pembaca memahami dengan jelas perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan perlu menghindarinya.

Sekiranya sebab kemurkaan Allah itu tidak dijauhi maka ia akan mengundang kepada kerosakan dan kebinasaan manusia sendiri seperti kejadian bencana Tsunami, gempa bumi, kebakaran, ribut taufan, banjir dan kebakarani seperti apa yang dapat kita lihat hari ini.

Harga Semenanjung : 19.50

Nyanyian & Muzik


Isu lagu adalah isu yang paling banyak diperdebatkan sama ada ia boleh diiringi oleh alat muzik atau pun tidak.

Dalam buku ini Dr Yusuf Al Qardawi membincangkan kedua-dua pendapat ulamak mbenarkan dan yang tidak membenarkan nyanyian dan muzik mengikut syarak

Pada bab terakhir buku ini beliau telah menyokong pendapat mebenarkan nyanyian dan muzik tetapi dengan memenuhi beberapa syarat.

Dapatkan buku ini bagi mengetahui syarat-syarat dan batasan yang perlu dipatuhi agar sesuatu nyanyian itu diperakui oleh syarak .

Harga Semenanjung : RM 28.00

Thursday, January 15, 2009

Kamus Khalil


Mengandungi lebih 82,000 entri perkataan bahasa Arab yang dipadankan dengan bahasa Melayu. 12,000 entri kata dasar lengkap dengan takrif dan konteks ayat. Hampir 5,000 contoh penggunaan entri dalam bentuk frasa, rangkaian mengandungi lebih 82,000 entri perkataan bahasa Arab yang dipadankan dengan bahasa Melayu. 12,000 entri kata dasar lengkap dengan takrif dan konteks ayat. Hampir 5,000 contoh penggunaan entri dalam bentuk frasa, rangkaian Mengandungi lebih 82,000 entri perkataan bahasa Arab yang dipadankan dengan bahasa Melayu. 12,000 entri kata dasar lengkat dengan takrif dan konteks ayat. Hampir 5,000 contoh penggunaan entri dalam bentuk frasa, rangkaian atau ayat yang diterjemah secara lengkap. Disulami dengan lebih 2,000 teks al-Quran, hadis, bait syair dan bidalan.

Harga Semenanjung : Kulit Nipis - RM 75.00

Sultan Abdul Hamid


Buku ini menyentuh tentang Daulah Uthmaniyyah, penubuhannya, perkembangan penting yang dilalui dan faktor yang membawa kepada pemansuhan khilafah. Antara kandungan terpentingnya adalah pendedahan keperibadian dan hakikat diri Sultan Abdul Hamid yang diburukkan gambarannya oleh orientalis barat. Tidak kurang juga konspirasi jahat golongan yahudi serta nasionalis yang membawa kepada kejatuhan Daulah Islam tersebut.

Ilmu dan Hikmah


Kitab Himpunan Ilmu & Hikmah ini menghimpunkan hadis Rasulullah s.a.w yang menjadi paksi kepada pelbagai Ilmu dan hikmah.

Melalui hadis yang dihimpunkan ini, lahir pelbagai ilmu yang amat berguna dalam kehidupan dunia & akherat. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w yang mana Baginda mampu mengungkapkan hadis yang pendek tetapi maknanya cukup mendalam dan luas.

Kitab ini diterjemah dalam bentuk bahasa yang mudah difahami dan tidak berbelit-belit. Sesuai untuk rujukan dan bacaan bagi mereka yang meminati dan ingin mendalami ilmu Hadis.

Kisah Nabi Muhammad


Mengandungi 2 jilid yang mengisahkan kehidupan Rasululah s.a.w. semasa di Makkah dan Madinah. Buku ini amat sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan dapat memberi kefahaman tentang kehidupan junjungan besar kita dari awal hidupnya hinggalah baginda wafat dalam bentuk bacaan yang mudah difahami

Harga Semenanjung Jilid 1 : RM 18.50
Jilid 2 : RM 19.50

Saturday, January 3, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?




Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menerangkan sifat-sifat yang semestinya wujud dalam diri setiap muslim supaya beliau benar-benar faham apabila dia digelar seorang yang beragama Islam.
Bahagian kedua pula menjelaskan kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan berada didalam gerakan Islamiah. Bahagian ini menerangkan sifat-sifat gerakan Islam, matlamat, wasilah, falsafah dan cara beramal bagi gerakan Islamiah serta sifat-sifat yang seharusnya ada pada mereka yang berada didalam gerakan Islam.