Thursday, January 15, 2009

Kamus Khalil


Mengandungi lebih 82,000 entri perkataan bahasa Arab yang dipadankan dengan bahasa Melayu. 12,000 entri kata dasar lengkap dengan takrif dan konteks ayat. Hampir 5,000 contoh penggunaan entri dalam bentuk frasa, rangkaian mengandungi lebih 82,000 entri perkataan bahasa Arab yang dipadankan dengan bahasa Melayu. 12,000 entri kata dasar lengkap dengan takrif dan konteks ayat. Hampir 5,000 contoh penggunaan entri dalam bentuk frasa, rangkaian Mengandungi lebih 82,000 entri perkataan bahasa Arab yang dipadankan dengan bahasa Melayu. 12,000 entri kata dasar lengkat dengan takrif dan konteks ayat. Hampir 5,000 contoh penggunaan entri dalam bentuk frasa, rangkaian atau ayat yang diterjemah secara lengkap. Disulami dengan lebih 2,000 teks al-Quran, hadis, bait syair dan bidalan.

Harga Semenanjung : Kulit Nipis - RM 75.00

Sultan Abdul Hamid


Buku ini menyentuh tentang Daulah Uthmaniyyah, penubuhannya, perkembangan penting yang dilalui dan faktor yang membawa kepada pemansuhan khilafah. Antara kandungan terpentingnya adalah pendedahan keperibadian dan hakikat diri Sultan Abdul Hamid yang diburukkan gambarannya oleh orientalis barat. Tidak kurang juga konspirasi jahat golongan yahudi serta nasionalis yang membawa kepada kejatuhan Daulah Islam tersebut.

Ilmu dan Hikmah


Kitab Himpunan Ilmu & Hikmah ini menghimpunkan hadis Rasulullah s.a.w yang menjadi paksi kepada pelbagai Ilmu dan hikmah.

Melalui hadis yang dihimpunkan ini, lahir pelbagai ilmu yang amat berguna dalam kehidupan dunia & akherat. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w yang mana Baginda mampu mengungkapkan hadis yang pendek tetapi maknanya cukup mendalam dan luas.

Kitab ini diterjemah dalam bentuk bahasa yang mudah difahami dan tidak berbelit-belit. Sesuai untuk rujukan dan bacaan bagi mereka yang meminati dan ingin mendalami ilmu Hadis.

Kisah Nabi Muhammad


Mengandungi 2 jilid yang mengisahkan kehidupan Rasululah s.a.w. semasa di Makkah dan Madinah. Buku ini amat sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan dapat memberi kefahaman tentang kehidupan junjungan besar kita dari awal hidupnya hinggalah baginda wafat dalam bentuk bacaan yang mudah difahami

Harga Semenanjung Jilid 1 : RM 18.50
Jilid 2 : RM 19.50

Saturday, January 3, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?




Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menerangkan sifat-sifat yang semestinya wujud dalam diri setiap muslim supaya beliau benar-benar faham apabila dia digelar seorang yang beragama Islam.
Bahagian kedua pula menjelaskan kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan berada didalam gerakan Islamiah. Bahagian ini menerangkan sifat-sifat gerakan Islam, matlamat, wasilah, falsafah dan cara beramal bagi gerakan Islamiah serta sifat-sifat yang seharusnya ada pada mereka yang berada didalam gerakan Islam.